Sunday 16 October 2011

CUCUR IKAN BILIS MAMA..





Bahan- bahan:
1) ½ kg tepung gandum
2) 3-4 biji cili merah
3) Ikan bilis secukupnya (dimesin)
4) 1/2 biji bawang besar (dimayang)
5) 1 sudu teh garam
6) Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
7) Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
1) Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan dibancuh
dengan air panas. Bancuhan pekat tidak cair. Biarkan sejuk.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga
habis. Goreng sehingga kekuningkuningan
dengan api sederhana.
4) Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.



IKAN CENCARU BAKAR MAMA..






Bahan- bahan:
Ikan cencaru (saiz ikut keperluan)
2 batang serai yang dihiris
5 biji cili api dihiris nipis
4 helai daun limau purut juga dihiris halus2
sebiji bawang besar yang dimesin
cili kering yang siap dimesin
Gula dan garam secukup rasa
Limau nipis sebagai penambah perisa
Daun pisang sebagai alas membakar ikan

Cara menyediakannya

Tumis bawang dan cili yang dimesin sehingga garing. Kemudian,masukkan serai, cili api dan daun limau purut yang telah dihiris. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukupnya. Angkat apabila bahan yang digoreng ini menjadi pekat. Kemudian, sumbat rempah ini ke dalam ikan cencaru yang telah dibelah belakang. Bakar ikan yang dilapik dengan daun pisang sehingga masak.

Siap untuk dihidangkan .. semoga selamat menjamu selera..


KARI AYAM MAMA..






Bahan- bahannya:

Bahan A
1/2 ekor ayam
Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dimesin..
5 biji bawang merah
3 camca cili boh
1 bungkus rempah kari
setengah cawan air asam jawa
Bahan B
3 biji bunga lawang
5 biji cengkih
1/2 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Daun kari

Bahan C
3 cawan air
secawan santan
3 biji ubi kentang
Minyak masak

Cara Penyediaan
Bahan A digaul dan diperap seketika.
Tumis bahan B sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A ke dalam periuk. Biarkan seketika sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan 3 cawan air, ubi kentang dan biarkan mendidih. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.
KUE TEOW GORENG MAMA..





                                             NASI LEMAK RENDANG AYAM MAMA..


Saturday 15 October 2011

RENDANG UDANG GORENG MAMA..














Dah namanya hantu udang kan, manalah boleh kata tak boleh makan....marah dayangjack nanti....heheh. Tapi kan msh terbayang-bayang lagi udang galah. Puas sudah aku mencari di merata tempat tp msh tak bertemu...uhuk. Siap pesan kat hubby lagi kalau ada urusan kat Melaka lagi kali ni, tolonglah singgah mana-mana carikan saya si udang galah kepala kiut iteww...merayu sungguh nampaknya yer...haha


Oklah apa2pun, tak kesahlah kan (kesah gak sebenarnya...hihik), layan jer udang ni. Saiznya bolehlah tahan selain harganya murah. Beli kat kedai biasa...sekilo rm17 tapi kalau kat supermarket, sekilo rm38..hehe. Rasa?? Sedapnya mmg tak boleh nk dijelaskan dengan kata-kata. Yang pasti, DJ dah bertambah2 makan nasik. Berselera sgt makan dgn udang ni. Mau pengsann! (pinjam lagi kata2 CMG)..Memang dah pengsan pun semalam...haha


Sepatutnya nak tayang mlm tadi sb menu ni adalah menu semalam tp virus kastard tu tak abis lagi. So, bg laluan lah dulu kan...hehe. Jom semak resepi ni...


Rendang Udang Goreng MAMA




bahan-bahan :
12 ekor udang sederhana 
sedikit serbuk kunyit
tepung goreng serbaguna secukupnya
200 ml santan 
1 helai daun kunyit (diracik)
2 helai daun limau purut
1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
sedikit air asam jawa
garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :
1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
cara-cara :
Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!
RENDANG AYAM BASAH MAMA..






Rendang ayam basah ini sebenarnya sama macam resepi rendang ayam yang biasa. Cuma kerana anak-anak di rumah ni suka makan serdak rendang tu yang masih basah dan masih seperti kuah lagi bersama nasi, jadi saye tidak masak rendang ini sehingga kering sepenuhnya. Macam ada gravy lagi. Sebab tu lah panggil Rendang Ayam Basah. Lagi pun bagus juga. Hehehe..jimat masa sebab tak perlu menunggu dan mengacau lauk rendang ni lama-lama sehingga kering.

















Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dibasuh dan dipotong kecil
  • 2 labu bawang besar *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 5 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 5-10 tangkai cili kering *  - ikut kepedasan yang diingini
  • 1 1/2 cawan santan
  • 4 helai daun limau purut - dibasuh 
  • Garam
  • 3 helai daun kunyit - dibasuh dan dihiris-hiris

Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Masukkan bahan kisar, santan dan juga ayam ke dalam kuali. Masak sambil dikacau sekali sekala.
  3. Apabila menggelegak, masukkan daun limau purut dan garam. Masak di atas api sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
  4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah dihiris-hiris.